Monday, October 15, 2012

Projek FWB yang tergendala....tapi akan tetap diteruskan....InsyaAllah

Assalamualaikum...setahun tak update blog ni....lamanya cutiiii....oklah, nampaknya comeback kali ni nak citer tentang "foods"...pasal "wears" pun ade jugak....pasal "books" ada sikit....tapi setakat cerita kecik jela sebab masih belum sampai masa yang sesuai rasanya untuk boomkan projek saya ni....give me another 2 years...after my youngest kids reach 4 years...InsyaAllah.

2012, saya meletakkan beberapa resolutions yang memang berkait dengan my FWB ni....dan Alhamdulillah, 80%  of the resolutions was almost done. So, lets me story about it....

Start 2012 saya mulakan dengan projek menjahit yang mana saya bertekad untuk menjahit sebanyak 12 pasang baju untuk tahun ini...setakat ini saya dah jahit yang berikut:
  • 4 pasang baju saya  (2 jubah & 2 blaus) 
  • 4 pasang baju si kecik Afiqah (1 baju kurung, 2 dress, 1 kaftan) 
  • 4 sarung bantal besar  
Oleh kerana tiada mesin jahit tepi, saya agak frust sebab banyak baju2 saya tu berburas dan mood nak menjahit lama-lama menghilang. Namun saya masih lagi juga nak menjahit tapi nanti ye...tggu saya pujuk hubby beli mesin jahit tepi plak...kalau nak kumpul duit sendiri macam tak dapek je...

So, untuk mengelakkan kebosanan dek kerana projek menjahit yang tergendala, saya start balik projek membaking yang telah agak lama saya tinggalkan. Kali ni saya mulakan dengan membuat kek coklat moist. Pastu bila saya jumpa kawan lama dekat FB yang tengah aktif berniaga kek, saya minta sedikit resepi dengan dia dan cuba buat sendiri. Setakat ini saya telah berjaya membuat kek coklat moist, kek karamel dan banyak cup cake.

Atas permintaan dan sokongan anak jiran, saya mula berniaga kek kecil-kecilan pada kawan-kawan anak jiran saya tu...tidak lama kemudian saya cuba menjual cup cake ke kedai pakcik saya....saya tolak dengan dia murah2 aje...yela, sbb nak belajar deko mendeko...nak buat banyak2 sangat tak boleh sebab anak dara saya yang umur 2 tahun tu asyik nak menolong....faham2 ajelah kalau dia yang menolong...porak peranda dapur dibuatnya.

Baru-baru ni saya dapat ilham untuk jual cup cake saya tu di Dataran BP pada setiap hujung minggu tapi bila disurvey, dah tiada tempat kosong. Jadi, untuk tetapkan niat saya tu, saya pergilah mengintai kot2 ada peniaga yang sudi nak jualkan cup cake saya tu...dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang hamba Allah ni yang berminat nak jualkan cup cake saya tu sebab saya bagi harga murah dan dia bleh mark up sikit.
Di bawah ni ada beberapa gambar kek hasil tangan saya:



Tentang projek books pulak, saya sedang terfikir nak join jualan eBook dengan SAP... insyaAllah kalau jadi saya akan cerita kat sini dalam next entry ya.

Okla...rasanya, setakat ini dulu cerita saya tentang projek foods, wears & books saya kali...kena stop sbb bebudak dah bising nak macam2....nanti sambung lagi...bye

Monday, October 17, 2011

24 Jam Dalam Kehidupan Seorang Muslim



Ini adalah buku pertama yang saya syorkan kepada sesiapa yang merasakan mereka adalah seorang Muslim yang sejati. Buku ini mengajar kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang sebenar setiap hari. Ini amat bertepatan dengan konsep Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup. Buku ini boleh dimuat turun secara percuma di

http://www.harunyahya.com/indo/anak/muslim/muslim_01.html

Thursday, October 13, 2011

MUQADDIMAH

...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

...today, i move one more step towards my ambition to have a business that really suite my interest...

...hope it won't stop me even it will take another 5 or 10 years more...

...may ALLAH bless me and my ambition...